Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/wgcommy/domains/wg.com.my/public_html/system/database/mysql.php on line 6
Penjagaan Untuk Kulit Sensitif
English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Penjagaan Untuk Kulit Sensitif

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 5107 views on this post

Keadaan panas akan menyebabkan kulit anda berminyak? Memakai alat solek boleh menimbulkan kegatalan dan reaksi pada kulit di wajah? Ini bermakna anda memiliki kulit sensitif.

Mereka yang memiliki kulit sensitif bukanlah mudah untuk mengekalkan wajah yang mulus dan cantik. Namun usahlah gusar, terdapat beberapa perkara yang mereka boleh dilakukan untuk mendapatkan raut wajah yang bersih dan cantik.

Berikut adalah beberapa tips mudah untuk anda :

1. Elakkan Penggunaan  Produk Tinggi Kimia

  • Jika anda mempunyai kulit yang sensitif tentu anda sudah mengetahui beberapa bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan pada kulit anda.
  • Anda perlu mengetahui setiap kandungan didalam pencuci muka anda, krim pelembap dan apa sahaja produk penjagaan wajah yang digunakan.
  • Antara bahan kimia yang sering bermasalah dengan kulit sensitif ialah Benzoyl Peroxide, Retinols dan PABA.
  • Langkah yang bijak untuk mengelakkan radangan daripada pencuci muka ialah menggunakan produk penjagaan wajah daripada sumber organik.

2. Jangan Gunakan Scrub Dengan Kerap

  • Anda mempunyai masalah kulit sensitif yang serius? Jangan gunakan skrub setiap hari. Skrub mempunyai bahan yang agak kasar untuk kulit wajah anda.

3. Ketahui Perubahan Di Kulit Wajah Anda

  • Jaga-jaga dengan beberapa perubahan di wajah anda terutama sekali jika ia mempunyai kegatalan, kemerahan dan bintik-bintik seperti jerawat sedang timbul.
  • Anda harus mengambil tindakan dengan cepat jika wajah anda mempunyai tanda tersebut. Dapatkan rawatan dengan segera atau dapatkan nasihat daripada doktor kulit untuk menganalisis tahap sensitif kulit wajah anda.

Kesimpulannya

Mempunyai kulit sensitif tidak bermakna anda harus merasa tidak yakin terhadap diri anda dan dunia anda menjadi gelap. Jangan biarkan ini menghalang keinginan anda. Apa yang penting ketahuilah keadaan kulit anda, dapatkan produk yang sesuai dan nikmatilah kehidupan ini.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow Malaysia mengesyorkan Set Velocity Diamond series yang memang dicipta khusus untuk anda yang berkulit sensitif. Set premium ini bakal memelihara serta merawat wajah anda. Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS