English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Mahukan Wajah Lebih Segar Dan Bercahaya? Mari Baca Tips Ini

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 4880 views on this post

Siapa yang tidak mahu tampil 5 tahun lebih muda daripada usia sebenar? Wajah yang segar dan bercahaya bukan sahaja mampu membuat anda rasa yakin pada diri sendiri, namun ia mungkin memberikan seribu satu kebaikan kepada anda.

Baca tips berikut untuk wajah lebih segar serta bercahaya dan ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam!

Hirisan Buah Lemon

Ambil beberapa hirisan buah lemon dan titikkan sedikit madu ke atas hirisan lemon tersebut.

Seterusnya, ambil hirisan lemon tadi dan usapkan pada wajah anda secara perlahan.

Tunggu sepuluh minit kemudan bilas wajah dengan air suam agar kulit anda tampak segar.

Pes Kunyit Atau Tomato

Bagi mendapatkan wajah yang lebih halus dan cerah, gunakan campuran kunyit bersama yogurt. Gunakan sekurang-kurangnya satu sudu teh campuran tersebut dan sapu pada wajah anda.

Selain daripada itu, hasilkan pes tomato daripada buah tomato yang segar dan sapu pada wajah mengikut arah jam selama sepuluh minit dan bilas dengan air suam.

Bentukkan Bulu Kening Dengan Kemas

Kemaskan bahagian kening adan menggunakan eyebrow agar ia tampak lebih kemas dan rapi. Ini akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih cantik.

Merapikan Rambut

Rambut merupakan mahkota wanita. Penjagaan rambut adalah penting untuk mengelak berlakunya masalah rambut yang serius.

Rambut yang kemas juga mampu menyerlahkan lagi wajah anda bagi penampilan yang sempurna.

Jangan Mengenakan Solekan Berlebihan

Pasti ada hari dimana anda akan mengenakan solekan yang keterlaluan untuk menutup wajah anda yang kelihatan kusam bukan? Namun tahukah anda bahawa langkah tersebut dapat menimbulkan masalah baru pada wajah anda seperti jerawat.

Setelah membersihkan muka, gunakan solekan secara sederhana dan bersesuaian dengan keadaan anda.

Pada asasnya, anda harus kelihatan kemas dari setiap sudut dan menjaga kebersihan kulit untuk tampak lebih bercahaya dan segar.  

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow Malaysia mengesyorkan siri penjagaan kulit kami iaitu:

WonderGlow BASIC SKINCARE ada 3 series ( 8 jenis semuanya).



1. Basic/Light series
Silver,Gold,Diamond yang sedia ada di pasaran sekian lama.

2. Exclusive Black Box
Silver,Gold,Diamond yang baru dipasarkan. Harga yang sama dengan basic series tetapi dengan gandaan glowing effect dan tahap SPF yang lebih bagus.

3. Glowing Velocity
Gold& Diamond. Sama seperti black diamond series tetapi velocity organik dan menggunakan mousse sebagai pembersih bukan sabun.

Yang mana sesuai untuk kulit anda?

Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

AMARAN :
Jangan terpedaya dengan tawaran harga murah di pasaran kerana bimbang anda menggunakan produk tiruan.
 

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS