English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Lakukan Campuran Pembersih Muka Anda Sendiri

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 24011 views on this post

Pabila pelbagai berita mengenai bahan kimia yang terkandung didalam produk pembersih muka tersebar luas, ia  membuatkan ramai  mencari alternatif secara semulajadi untuk muka mereka.

Cara yang terbaik untuk mengelakkan muka anda terdedah kepada bahan kimia  berlebihan,  adalah dengan menghasilkan ramuan pembersih muka anda sendiri menggunakan bahan semulajadi di rumah.

Yogurt

Yogurt putih biasa adalah pembersih muka semulajadi yang baik. Ia mengandungi protein yang tinggi, asid Lactic dan lemak yang membantu menyahkan bakteria kulit.

Gunakan yogurt putih biasa dan campurkan dengan jus lemon untuk menghasilkan pembersih muka dengan bau yang wangi

Nisbahnya seperti berikut:

  • Campurkan 1 sudu besar  yogurt dengan 1 sudu besar jus lemon.
  • Gunakan hujung jari anda dan sapukan campuran tersebut rata ke bahagian muka anda. Usap lembut pada bahagian muka dan bilas dengan air suam.

Pembersih Muka Berasaskan Bijian

Bijian membantu anda untuk membersihkan secara menyeluruh.

Hasilkan pembersih muka berasaskan bijian dengan mengisar bijian seperti badam dan oat  sehingga halus. Kemudian anda boleh menambahkan cecair untuk menjadi pes.

Antara cecair yang sesuai adalah:

  • Susu, krim dan yogurt (untuk kulit kering)
  • Jus lemon atau air (untuk kulit berminyak)
  • Air, madu atau the pudina (untuk kulit normal)

Selain daripada badam dan oat  anda juga boleh melakukan perkara yang sama dengan menggunakan biji bunga matahari, gandum, beras perang dan serbuk penaik.

Madu

Madu boleh dijadikan sebagai pembersih muka harian. Ia mampu membersihkan muka secara berkesan serta melembapkan kulit anda selain membuatkan ia halus.

Ia juga bersesuaian dengan semua jenis kulit.

Campurkan madu dengan sedikit susu ataupun krim. Sapukan pada wajah dan bilas dengan air suam.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

 

Kami mempunyai pelbagai jenis sabun pencuci muka mengikut kesesuain kulit anda. Antara produk kami ialah:

  1. Sabun hijau (Alga) - Aloe Vera + Sensitive skin
  2. Sabun Oren - Vit C + Whitening
  3. Sabun Transparent Pink
  4. Sabun Wonder Bar - Estrak Rosselle + Colagen + vit A,C,E,F
  5. Gel Pump Cleanser - Extra Collagen + Vit C
  6. Warna putih - Kandungan arang burung Walet

Untuk mengetahui pilihan mana yang sesuai dengan kulit anda? Dapatkan konsultasi dari kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

 

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS