Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/wgcommy/domains/wg.com.my/public_html/system/database/mysql.php on line 6
Khasiat Susu Untuk Kecantikan
English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Khasiat Susu Untuk Kecantikan

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 4462 views on this post

Susu mempunyai pelbagai khasiat dan nutrisi yang baik untuk tubuh badan kita. Selain daripada mencegah kerosakan gigi, osteoporosis dan mempertingkatkan kandungan kalsium dalam badan, susu juga mempunyai maanfaat untuk kecantikan.

Menghaluskan Kulit Dan Mencantikkan Kuku

Rendamkan kuku dan tangan selama 3 minit ke  dalam susu krim penuh yang sudah dipanaskan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian bilas tangan anda dengan air suam.

Membuat Kulit Tubuh Lebih Halus

Hasilkan campuran secawan susu dan 3 sudu besar oat. Gunakan campuran tersebut untuk menggosok wajah dan tubuh.

Biarkan mengering lalu bilas dengan air suam. Kulit anda akan terasa lebih lembut dan halus.

Menghilangkan Lingkaran Dibawah Mata

Basahkan kapas dengan susu UHT dingin, lalu biarkan kapas tersebut berada pada kelopak mata selama 5 minit untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata.

Hapuskan Sel Kulit Mati

Larutkan sedikit garam ke dalam air  yang sedang mendidih dan tambahkan 3-4 cawan susu.

Isikan larutan tersebut ke dalam mandian anda dan berendamlah selama 20 minit.

Masker Susu 

Campurkan 1 sudu vitamin E  bersama 2 sudu kecil yogurt ,1/2 sudu teh madu,  dan sedikit jus lemon. Gaulkan campuran tersebut sehingga sebati.

Usapkan ke seluruh wajah dan biarkan meresap selamat 15 minit. Basuh muka dengan air suam hingga benar-benar bersih.

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS