English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Ketahui Bagaimana Jerawat Terhasil Dan Cara Mengatasinya

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 2652 views on this post

Masalah jerawat yang serius mampu memberikan tekanan perasaan dan mental kepada mereka yang menghadapinya.

Jerawat memberi kesan kepada rupa paras serta keterampilan seseorang kerana ia dapat dilihat dengan jelas dan boleh meninggalkan kesan parut kekal di kulit muka jika tidak dirawat dengan segera.Individu yang mempunyai masalah ini selalunya akan merasa diri mereka tidak cantik untuk dipandang.

Berdasarkan kajian oleh pakar dermatologi di Miami VA Medical Center seramai 30 peratus wanita dan 20 peratus lelaki didalam lingkungan umur 20 puluh sehingga 60 tahun menghidapi masalah jerawat yang serius.

Punca Jerawat Berlaku

Jerawat terhasil apabila terdapat reaksi seakan minyak yang dihasilkan oleh kulit dimana bakteria akan mudah membiak.

Ketidaksetabilan hormon pada lelaki dan perempuan juga merupakan salah satu punca jerawat terhasil.Umumnya bagi kaum wanita, jerawat akan terhasil ketika pertama kali didatangi haid, kehamilan dan pra menopouse.

Penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan jenis kulit turut menyumbang kepada masalah jerawat serius.

Cara Mengatasi Masalah Jerawat

Bukan mudah untuk seseorang itu merawat masalah jerawat dengan berkesan. Rawatan yang efektif memerlukan beberapa peringkat percubaan bergantung kepada jenis kulit anda samaada kulit yang kering mahupun berminyak.

Berikut adalah beberapa cara untuk merawat jerawat:

Krim

Anda boleh mendapatkan krim ataupun lotion di farmasi yang mengandungi bahan seperti asid Salicylic dan Glycolic  bagi menghilangkan parut jerawat dan Benzoyl Peroxide untuk menghapuskan bakteria diwajah.

Pembersih Muka

Anda harus mengelakkan diri anda daripada menggunakan pembersih muka yang mengandungi bijian seakan scrub kerana ia mengandungi bahan kasar yang mampu membuat kulit anda lebih teruk. Mencuci muka dengan air bersih sudah memadai jika perlu.

Ubatan Doktor

Antibiotik merupakan agen yang terbaik untuk menentang bakteria pada kulit. Selain daripada itu, ia mampu mengimbang semula horman di dalam badan.

Kaedah Rawatan Menggunakan Teknologi Terkini

Penggunaan laser boleh menghilangkan parut jerawat yang serius. Walaubagaimanapun, terdapat satu lagi kaedah yang dikenali sebagai Blue Light Theraphy yang menghapuskan jerawat punca daripada bakteria.

Kos untuk menggunakan teknologi terkini agak mahal. Teruskan berusaha menggunakan kaedah lain terlebih dahulu.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

 

Pakar kami mengesyorkan anda untuk mencuba Allergy Cream yang mempuyai formula khusus dalam merawat jerawat.

Manfaat Allergy Cream:

  • Memulihkan kesan alahan pada kulit yang sensitif
  • Memperbaiki tona kulit yang tidak sekata
  • Melindungi kulit dari iritasi
  • Meneutralkan kulit wajah yang bermasalah

Selain daripada itu, kami turut mempunyai DermaMax Laser Cream  yang lebih bagus menyembuh jerawat batu, bernanah serta jerawat degil

 

Gunakan bersama 3 dalam 1 skin care Wonder Glow yang sesuai untuk anda. 

Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

 

 

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS