English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Hapuskan Bintik Hitam Di Wajah Anda

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 3920 views on this post

Masalah bintik hitam ataupun Blackhead  merupakan masalah yang sering dialami oleh semua orang. Bintik hitam boleh dikategorikan sebangai jerawat yang belum dijangkiti oleh kuman tetapi mempunyai reaksi pengoksidan udara di bahagian atas bintik hitam.

Toksin yang banyak, ketikdakseimbangan hormon dan pemakaian produk dengan kandungan kimia yang tinggi adalah punca berlakunya bintik hitam.

Berikut adalah cara untuk anda menghapuskan bintik hitam di wajah:

Pastikan Wajah Anda Bersih

  • Mungkin ini adalah tips yang anda sudah ketahui, tetapi dengan cara inilah anda dapat menyingkirkan bintik hitam dengan berkesan di setiap bahagian wajah anda.
  • Terdapat pelbagai produk di pasaran yang membantu anda untuk membersihkan wajah anda, tetapi seeloknya anda menggunakan produk semulajadi seperti susu yang telah dicampurkan dengan buah pala.
  • Selain daripada itu, perahan jus lemon segar juga merupakan agen pembersih muka yang terbaik.

Madu

  • Jika anda gemar untuk mengambil madu setiap hari terutama  di waktu pagi, anda boleh cuba untuk sapukan madu di bahagian bintik hitam. Biarkan madu kering untuk seketika dan cuci muka sehingga kering.

Putih Telur

Putih telur? Mengapa putih telur? Tidakkah ia akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan? Itulah persoalan yang bermain di fikiran anda bila putih telur sebenarnya diguna pakai dalam rawatan menghapuskan bintik hitam.

Apa yang ada perlukan ialah:

  • Telur
  • Madu
  • Ambil putih telur dan campurkan ia bersama madu didalam sebuah bekas. Sebatikan campuran tersebut dan sapukan pada bahagian wajah anda dan biarkan selama 18-20 minit. Bilas sehingga bersih.

Putih telur mengandungi sebuah kandungan istimewa yang menghapuskan sel kulit mati, mengecilkan liang pori dan sekaligus menghalang bintik hitam untuk tumbuh kembali.

Bawang Putih

  • Ambil seulas bawang putih, bersihkan dan tumbuk sehingga lumat. Gaulkan sebati bawang putih tadi bersama perahan limau nipis dan putih telur.
  • Basahkan sedikit muka anda dengan air dan letakkan campuran tadi di muka. Bilas wajah dengan air suam.

Tanggalkan Solekan Sebelum Tidur

  • Ini merupakan perkara penting dalam penjagaan wajah anda. Jangan tidur sebelum anda membersihkan wajah anda daripada solekan. Pastikan anda membersihkan setiap solekan yang ada.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow Malaysia mengesyorkan Ultra Glow Laser Cream untuk merawat bintik-bintik gelap di wajah anda. Gunakan 2 kali sehari.

Antara manfaatnya:

  • Mencegah sel-sel yis pigmentasi secara aktif lalu mengurangkan pembentukan bintik-bintik gelap.
  • Melawan pengoksidaan dan radikal bebas secara efektif, mencegah pigmen kulit dari penggelapan untuk mengembalikan kulit cerah, dan memudarkan bintik-bintik gelap.
  • Menanggalkan sel-sel kulit mati secara lembut, membolehkan kulit diperbaharui untuk menghasilkan kulit tanpa cela. Seterusnya, membantu menghapuskan pigmentasi.

Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS