English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Tona Wajah Anda Tidak Sekata? Kami Ada Jalan Penyelesaiannya

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 12084 views on this post

Ketika kita masih kanak-kanak, seseorang itu mempunyai tona wajah yang cukup sempurna. Bagaimanapun, semasa membesar kita telah terdedah kepada matahari, jerawat mula tumbuh di wajah dan beberapa masalah lain yang menyebabkan tona wajah kita tidak sekata.

Ianya tidak mustahil untuk kita mendapatkan lagi tona wajah yang sekata seperti dahulu, anda cuma perlu mengetahui caranya dan apakah ia sesuai untuk anda atau sebaliknya.

Gunakan Krim Pelindung Matahari

 

Terdedah kepada sinaran matahari yang terlampau adalah punca utama tona wajah tidak sekata. Apa yang anda harus lakukan ialah menggunakan krim pelindung dengan kadar SPF 30.

Gunakan krim pelindung matahari meskipun cuaca mendung. Pastikan krim anda mempunyai penghalang cahaya UVA dan UVB.

UVA= Sinaran matahari yang mampu membuat wajah anda berkedut.

UVB= Pantulan matahari yang membuat kulit anda merasa panas dan pedih.

Bersenam

 

Senaman bukan sahaja membantu anda menurunkan berat badan malah ia membantu kulit anda untuk menghasilkan sel kulit baru yang membuatkan tona wajah anda sekata serta tampak lebih muda.

Gunakan Pelembap Wajah Bersesuaian

Pastikan anda menggunakan pelembap di wajah anda untuk kulit lebih halus dan mengandungi Vitamin E serta SPF.

Susu

 

Susu merupakan agen pemutihan serta pelembut wajah yang membantu dalam mendapatkan tona wajah sekata.

Ia bersesuaian buat mereka yang mempunyai kulit wajah kering, berparut serta berminyak.

Kurangkan Snek Ringan

 

Jika boleh anda harus elakkan diri anda daripada memakan snek ringan secara berlebihan.

Bahan kimia, gula serta minyak yang terdapat didalam snek ringan menghasilkan lebih banyak minyak pada kulit wajah dan menyekat pori wajah yang membawa kepada masalah tona wajah tidak sekata.

Gunakan Bedak Asas

 

Bedak asas merupakan salah satu alat solek yang digunakan untuk menutup wajah anda dari cacat cela di wajah anda.

Terdapat pelbagai jenis bedak asas di pasaran dan pastikan ia sesuai dengan jenis kulit anda.

Kesimpulan

Tona wajah tidak sekata kadang kala boleh membuatkan seseorang itu hilang keyakinan pada diri sendir. Walaubagaimanapun anda mampu mengubahnya dengan mengikuti beberapa langkah sesuai dengan masalah anda.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar kami mengesyorkan D-Tox Whitening Serum dengan kandungan Vitamin C ia mampu memperbaiki tona kulit tidak sekata dan meneutralkan kulit wajah bermasalah.

 

Manfaat lain:

  • 3 kali ganda resapan Vitamin C
  • Menghapuskan kesan minyak pada permukaan kulit
  • Melindungi kulit daripada iritasi
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi

 Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS