English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Rawatan Untuk Kulit Muka Teruk

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 3198 views on this post

Pada satu masa kita akan menghadapi masalah kulit wajah yang teruk. Pada masa ini lah kita akan merasa tertekan dan tidak berkeyakinan.

Terdapat pelbagai cara untuk merawat kulit muka yang teruk dan sekaligus membuatkan anda tampil lebih ceria, yakin dan menawan.

Mari ikuti beberapa tips mudah daripada kami.

Jangan Biarkan Bakteria Merebak

Anda pasti akan terkejut jika kami katakan bahawa bakteria akan bersama anda setiap waktu. Tahukah anda bahawa kulit wajah kita terdedah kepada bakteria yang berada di berus solek dan sarung bantal?

Jika anda tidak membasuh berus solek anda serta sarung bantal, bakteria akan terus merebak dengan cepat dan banyak serta meresap ke dalam kulit wajah anda.

Pastikan anda tukarkan sarung bantal serta cadar anda setiap 2 minggu.

Amalkan Pemakanan Sihat

Cara pemakanan sihat mampu membantu anda untuk merasa lebih bertenaga dan segar. Banyakkan memakan sayuran, buah-buahan dan protein tanpa lemak.

Anda juga harus mengamalkan diet yang kaya dengan kandugan Vitamin C dimana ia mampu memberikan kesan awet muda di wajah anda.

Jangan Merokok

Merokok membuatkan wajah anda tampak lebih tua kerana ia membuatkan saluran darah di bahagian muka menjadi sempit dan peredaran darah tidak lancar.

Asap rokok mampu merosakkan kolagen semulajadi yang memberikan ketegangan wajah. Jadi adalah lebih baik untuk anda berhenti menghisap rokok.

Amalkan Minum Teh Pudina

Jika anda mempunyai masalah jerawat di wajah anda, minumlah teh dengan campuran daun pudina untuk mengurangkan jerawat dan membetulkan hormon tidak stabil pada wanita.

Cara ini lebih baik untuk mengawal hormon Androgen selain daripada memakan pil kawalan hormon.

Kesimpulan

Masalah kulit wajah yang teruk bukanlah penghalang untuk anda tidak merasa yakin dengan diri sendiri dan terus menderita. Dengan rawatan yang betul, anda mampu untuk mendapatkan kulit cantik dan sempurna.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow kami mengesyorkan agar anda menggunakan Wonderglow Superstar 360 yang dapat membantu anda mendapatkan wajah yang sempurna dan mulus.

Kebaikan lain:

  • Krim  pencerah pertama dengan kesan pencerahan dan penghalus kulit laser no. 1 malaysia
  • Tidak mengandungi sebarang bahan merbahaya .
  • Meratakan tona warna yang tidak sekata akibat parut atau bekas luka.
  • Kulit halus dan gebu dengan tempoh masa satu minggu sahaja.

 

Antara pengguna Wonderglow Superstar 360:

Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS