English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Inginkan Mata Lebih Bersinar Dan Terang? Ikuti Tips Mudah Ini

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 8522 views on this post

Mata merupakan salah satu daya penarik bagi setengah individu. Memiliki mata yang menawan dan cantik bersinar adalah impian semua orang, terutamanya kaum wanita.

Pelbagai cara  yang dilakukan  dan ada juga mereka yang sanggup berhabis wang ribuan ringgit demi mencapai tujuan ini. Namun begitu, terdapat juga cara yang mudah dan tidak menelan kos yang tinggi untuk memiliki mata menawan dan cantik bersinar.

Timun

Timun secara saintifik merupakan salah satu cara paling berkesan untuk membuat mata anda yang letih kembali bersinar dan segar. Komposisi air yang tinggi secara semulajadi didalam timun adalah bahan utama dalam rawatan mata anda.

Anda hanya perlu memotong secara tebal timun yang telah disejukkan dari dalam peti ais dan letakkan ia diatas mata anda selema 10 minit.

Susu Sejuk

Jika anda merasakan badan agak letih dan memberi kesan kepada mata anda. Anda boleh gunakan rawatan susu sejuk untuk melegakan mata anda yang penat.

Ambil satu gelas besar penuh susu sejuk.

Rendamkan bebola kapas dalam susu sejuk tersebut.

Baring dan relakskan badan anda serta letakkan tuala dibawah kepala dan tutup rapat mata anda.

Letakkan bebola kapas tersebut di atas mata anda dan biarkan ia selama 15 minit. Selepas itu cuci muka anda.

Buah Strawberry

Ramai yang tidak tahu bahawa buah Strawberry dapat menjadikan mata anda lebih bersinar dan pada masa yang sama membuatkan kulit anda kelihatan muda menawan.

Gunakan buah Strawberry yang sejuk dan buang bahagian atasnya.

Potong buah Strawberry tersebut dan letakkan dibawah mata anda selama 5 minit.

Teh Chamomile

Teh dari jenis Chamomile adalah bahan pembersih mata secara semulajadi dan paling berkesan. Ia mampu merawat mata kering, merah dan kegatalan.

Tidur Dengan Cukup

Tidak mendapat tidur dengan cukup bukan sahaja membuat mata anda tidak bersinar malah ia akan menyebabkan lingkaran hitam di bawah mata.

Tidur yang cukup adalah diantara 6 sehingga 8 jam sehari.

Kesimpulan

Pelbagai faktor boleh menyebabkan mata anda letih dan tidak bersinar. Kadang-kala bukan semua perkara kita boleh  elakkan bukan? Apa yang penting kita dapat mengetahui beberapa cara untuk ia tidak berlarutan.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow kami mengesyorkan  minuman Wonder White dengan campuran koko dan formula mengandungi Glutathione, Kolagen, Vitamin C dan ekstrak Beri untuk mata yang bersinar.

Kelebihan lain ialah ia mampu mencerahkan kulit dan mengaktifkan sel awet muda.

Kesan boleh dilihat seawal 7 hari penggunaan.

 Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS