Deprecated: mysql_connect(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /home/wgcommy/domains/wg.com.my/public_html/system/database/mysql.php on line 6
Ketahui Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Wajah Cerah
English
NEW! HOT! BESTSELLER!

Ketahui Bagaimana Untuk Mendapatkan Kulit Wajah Cerah

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 1625 views on this post

Memiliki wajah putih dan bersinar merupakan idaman seorang wanita bukan?  Wajah yang cantik tanpa cela membuatkan seseorang itu lebih berkeyakinan dan menjadi tarikan ramai.

Walaubagaimanapun, kulit wajah merupakan salah satu bahagian di tubuh kita yang agak sensitif dan memerlukan langkah-langkah yang betul untuk merawat wajah agar lebih putih.

Berikut kami sertakan  beberapa langkah mudah untuk tampil lebih cerah.

Bersihkan Muka Setiap Hari

Wajah kita sering terdedah kepada debu, cuaca dan beberapa keadaan yang membuatkan ia penuh dengan kekotoran dan boleh menghitam muka kita.

Untuk mendapatkan wajah yang lebih cerah dan putih anda harus membersihkannya secara rutin menggunakan air suam bagi membuka pori-pori diwajah anda.

Langkah di atas membuatkan wajah anda mempunyai ruang untuk bernafas dan sekaligus membuang kotoran dengan pantas.

Gunakan Toner

Penggunaan toner dapat membersihkan lapisan minyak di wajah anda. Caranya cukup mudah.

  1. Titiskan toner ke atas kapas lembut dan sapukan di seluruh wajah anda dengan perlahan.
  2. Jika kulit anda mempunyai masalah berminyak yang serius gunakan toner yang mempunyai kandungan Astringent yang tinggi.
  3. Kenali bahagian wajah anda yang mempunyai masalah berpeluh yang tinggi, contohnya pada bahagian dahi ataupun hidung.

Jangan Makan Produk Berasaskan Tenusu

Anda tidak digalakkan untuk memakan atau meminum produk tenusu sama sekali kerana ia mempunyai hormon daripada lembu yang memberikan reaksi terlampau pada pori di wajah anda. Perkara tersebut akan menimbulkan jerawat yang lebih banyak di wajah anda.

Minum Teh Untuk Menyingkirkan Toksin

Amalkan untuk minum sekurang-kurangnya dua gelas teh hijau sehari. Teh hijau dapat menyingkirkan toksin dari badan anda.

Relaks

Kajian menunjukkan bahawa seseorang yang sering tertekan boleh mendapat kedut di wajah lebih awal daripada usia sebenar.

Tekanan yang banyak juga mampu memberikan reaksi lain kepada kulit seperti penumbuhan jerawat dan penyakit serius seperti Eczema.

Anda harus lebih relaks dan tidak melatah dalam sesuatu perkara dan mencari alternatif untuk tidak terus merasa tertekan.

Kesimpulan

Jika anda menginginkan kulit yang sempurna anda harus mengenalpasti keadaan tubuh badan anda dan mencari penyelesaian bagi permasalahan tersebut.

Anda juga boleh menggunakan produk pencerahan wajah yang lebih mudah untuk digunakan.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow Malaysia mengesyorkan Super Nova HD untuk melembapkan serta melindungi wajah anda daripada sinaran UV.

50 kali ganda kuasa perlindungan pada kulit yang terdedah pada cahaya matahari berbanding mereka yang menggunakan cream pelindung cahaya matahari tanpa SPF50 + dimana mungkin hanya mampu menangkis kesan bakar ( Sunburn ) tetapi tidak pada faktor lain yg boleh mempengaruhi kesihatan kulit anda.

Sesuai digunakan pada semua peringkat usia samada lelaki atau wanita,gunakan mengikut rutin pemakaian yang betul dan sapuan mestilah rata mengenai setiap bahagian wajah anda agar resapan bagi sel-sel aktif pada lapisan kulit muka dapat berlaku dengan sempurna.

 Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS