English
NEW! HOT! BESTSELLER!

5 Cara Mudah Merawat Bibir Kering Dan Merekah

by WG Beautician | Posted in Beauty Tips | No comments yet. | 42362 views on this post

Kebanyakkan wanita menghadapi masalah bibir yang kering, kelihatan merekah serta pecah-pecah. Masalah ini sering kali dikaitkan dengan keadaan cuaca yang panas atau sejuk terutama sekali bagi mereka yang bekerja di dalam kawasan berhawa dingin.

Berikut adalah beberapa cara ataupun petua untuk merawat bibir kering dan merekah.

 Sapukan Gel Aloevera

Lidah buaya merupakan tumbuhan yang dikatakan mempunyai ciri-ciri penyembuhan yang baik untuk kulit.

 Gunakan krim atau pelembap bibir yang mengandungi Aloe Vera, atau gunakan gel Aloe Vera tulen.

Gunakan Air Rendaman Kelopak Bunga Mawar

Kelopak bunga ros boleh membantu  anda untuk mengekalkan kelembapan bibir anda serta warnanya.

Caranya:

  • Basuhkan segenggam kelopak ros menggunakan air.
  • Rendamkan dalam susu selama beberapa jam.
  • Hancurkan kelopak ros tersebut sehingga ia menjadi pes.
  • Sapukan ia pada bibir kering anda sebanyak dua atau tiga kali sehari dan setiap malam sebelum tidur.

Madu

Madu diketahui mempunyai banyak sifat-sifat penyembuhan apabila dimakan atau digunakan secara luaran.

Gunakan kapas  dan letak ia pada bibir anda. Selepas kira-kira sepuluh minit, anda boleh menjilat  madu itu sendiri sendiri atau membasuhnya dari bibir anda.

Sapukan Mentega Pada Bibir

Sapukan sedikit mentega pada bibir anda kerana ia boleh melembutkan serta menyembuhkan bibir yang merekah.

Timun

Timun merupakan salah satu bahan semulajadi dan mudah didapati bagi rawatan bibir kering.

Sapukan timun yang dihiris halus pada bibir anda agar jusnya kena pada setiap bahagian. Biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian basuhkan dengan air.

Penggunaan Jeli Petroleum

Letakkan jeli petroleum pada bibir anda beberapa kali sehari agar ia dilindungi. Sapukan sebelum tidur agar bibir anda kekal lembap pada waktu malam. Anda juga boleh letakkan sedikit madu pada bibir anda, biarkan beberapa saat dan kemudian sapukan jeli petroleum.

Apa Kata Pakar Wonderglow?

Pakar Wonderglow Malaysia mengesyorkan Wonder Pinkish Lip Glows yang  dirumus khas dengan Arbutin, Collagen dan Vitamin C untuk merawat bibir rosak, merekah dan kering.

Antara manfaat lain Wonder Pinkish Lip Glows:

  1. Menambahbaik warna bibir segar asli (merah jambu terang) bergantung kepada suhu badan. Merah jambu terang sempurna sangat sesuai untuk memadankan wajah dengan semua jenis warna pakaian.
  2. TIDAK MELEKIT atau meninggalkan kesan lebihan di atas sebarang permukaan.
  3. Boleh digunakan di bahagian sulit.

KANDUNGAN :

Arbutin, Collagen, Vitamin C dan kandungan khas merawat bibir rosak/merekah/kering.

Kata-kata daripada mereka yang menggunakan produk ini:

Message: Produk ini sungguh istimewa sebab tiada apa-apa kesan negatif kepada bibir saya yang sensitif. Jika produk lain, bibir saya sudah menjadi lebam setelah 2, 3 kali sapuan tetapi wonder pinkish lip glows membuatkan bibir saya kelihatan segar, cantik dan menawan.

Dapatkanlah khidmat nasihat kami di Facebook mahupun secara Whatsapp di 016-2281101 sekarang.

 

Comments (0)

Write a comment

Your Name:


Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:




Your Comment: Note: HTML is not translated!
Sitemap | Copyright © 2015 Wonder Glow Cosmetics (M) Sdn Bhd | All rights reserved. Web by PakarCMS